Road To Master Coordinator - Rank Tertinggi Dalam Bisnes Shaklee

Master Recognition Rally, 14 Oktober 2017, Pullman Putrajaya


14 Oktober 2017 antara hari paling bersejarah dan memberi kesan besar dalam bisnes yang sedang saya jalankan. Hari tersebut adalah hari di mana kami meraikan upline kami iaitu Master Adilah Manaf dan Master Fahmy Shuhaimi. Mereka ni adalah mentor saya, dan juga Master terdekat dalam organisasi saya. Mereka adalah ahli perniagaan yang telah berjaya dan merupakan Founder kepada Celikvitamin Group. Mereka telah berjaya mencapai impian mereka iaitu mencapai rank tertinggi dalam Shaklee iaitu Master Coordinator.




Walaupun majlis gilang gemilang ini disusuli perarakan master-master, taburan kelopak-kelopak bunga, disajikan tarian-tarian, diperhebatkan dengan kejutan-kejutan khas untuk master-master. Tetapi apa yang ditunggu-tunggu pastinya Master Speech oleh Master Adilah dan Master Fahmy. Syukur kepada Allah kerana pada hari tersebut saya turut sama dapat hadir bersama anak-anak dan rakan bisnes, leader-leader dan bakal leader dalam organisasi saya. Banyak pengajaran yang saya dan anak-anak bisnes saya perolehi daripada  Master Speech mereka. Kepada yang tidak berpeluang mengikuti acara gilang-gemilang ini boleh mendengar ucapan mereka di sini.


What Are You Willing To Do To Make Sure The Survival Of Your Family ??
-Master Adilah & Master Fahmy-





Ucapan 30 minit yang sangat bermakna dan menyentuh hati seluruh dewan. Antara intipatinya mereka menyentuh bagaimana bermula dengan Shaklee daripada peratusan bonus yang paling kecil sehinggalah di mana mereka berada sekarang. Mereka merupakan pasangan yang begitu komited dalam bisnes ini sehinggakan apa sahaja event, kelas, workshop yang Shaklee jalankan, pasti mereka turut serta. 

Pendek kata Shaklee ini adalah kehidupan mereka, malah anak-anak mereka begitu selesa sekali, boleh bawa diri di event-event Shaklee. Begitulah yang saya lihat dari mata saya kepada kedua-dua mentor saya ini. Lagi satu sikap mereka yang saya senang sekali lihat adalah mereka tidak loket ilmu dan idea. Bukan sahaja dengan downline-downline mereka, malah rakan bisnes di mana kami sama-sama bersaing secara sihat. Tidak hairanlah bagaimana mereka sangat disenangi oleh upline-upline, sidelines dan downline mereka sendiri.

Upacara yang penuh inspirasi ini berlangsung di Warisan Ballromm, Hotel Pullman Putrajaya Lakeside. Selain ucapan Master Adilah dan Master Fahmy, majlis juga diserikan oleh ucapan aluan President Shaklee Malaysia, Madam Helen Lam. Seterusnys diikuti ucapan oleh upline-upline Master kepada Master Adilah dan Master Fahmy iaitu Founder Ireach, Master Lyna Noh dan Master Zainul Anuar. Diikuti ucapan Founder Supermom iaitu Master Kamarul Bahrin dan Master Hadhatina Halim. Disusuli pula dengan ucapan Founder Our Shaklee Family, Master Nor Azrin Mohd dan Master Nor Azmie.


Master Sharing oleh Master Azrin Mohd

Walaupun acara gilang gemilang ini ditaja khas oleh Shaklee untuk meraikan master-master, namun di sebalik majlis ini terselit satu niat murni iaitu memberikan inspirasi kepada ribuan dealer-dealer Shaklee yang lain untuk sama-sama mengikut jejak langkah mereka. Begitulah kami dalam bisnes Shaklee ni. Kejayaan bukan sahaja untuk diraikan, malah bertujuan menjadi inspirasi kepada yang lain untuk berjaya. Malah bagi mentor saya ini, mereka menganggap perjalanan mereka baru bermula. Iaitu perjalanan dalam membantu bisnes leader di bawah organisasi mereka mencapai impian yang sama.


Bisnes Bermentor


Kenapakah seorang ahli perniagaan berjaya perlukan mentor? Seperti kata upline Master saya, dalam bisnes Shaklee ni kita tidak gunakan teknik coaching, tetapi sebaliknya teknik mentoring. Dalam mentoring ni, kita sebagai mentor perlu buat sehingga berjaya tak kiralah apa cara sekalipun. Dari situlah kita belajar untuk coaching dan menginspirasikan downlines kita. Seperti kata Master Adilah dalam ucapannya, "SEEING IS BELIEVING". Dari sudut biz Shaklee kita boleh tafsirkan begini, seorang mentor itu perlu merealisasikan sesuatu usaha mereka itu sehingga berjaya, dengan kejayaan itulah mereka meyakinkan downline mereka untuk sama-sama melakukan perkara yang sama untuk berjaya.

Keluarga besar kami di Pentas Master Coordinator

Masa saya mula menceburkan diri dalam bisnes Shaklee ni saya tidak pernah menyangka dengan bisnes ini, kita boleh pergi jauh. Alhamdulillah asbab memilih mentor yang betul, kami mendapat tunjuk ajar secukupnya untung mengembangkan organisasi bisnes kami. Bukan setakat menjana pendapatan 4, 5 , 6 angka, malah anda dapat peluang melancong secara percuma bersama Shaklee serta faedah-faedah yang selain. Dan yang paling terbaik above all, anda mendapat kebebasan masa, peluang menjana pendapatan dengan masa yang sangat fleksibel sambil anda meluangkan masa bersama keluarga tersayang.


Upacara memotong kek oleh kedua-dua master yang diraikan

Saya dan bisnes leader di bawah organisasi saya turut ambil peluang bergambar kenangan sambil mengambil aura dari Master Adilah dan Master Fahmy


Kenapa Anda Harus Sertai Keluarga Besar Kami


1. Sebagai Shaklee Independent Distributor anda mendapat diskaun 15-20% dari harga runcit untuk belian anda. Anda ada akses ke sistem online untuk memudahkan anda membuat pesanan dan mengetahui info-info penting dari pihak pengurusan Shaklee. Anda juga akan mendapat info tentang promosi khas dan promosi bulanan Shaklee, khas untuk ahli-ahli Shaklee sahaja.

2. Anda boleh mendapatkan stock secara terus dari kami beserta konsultasi premium.

3. Bagi anda yang serius ingin menjana pendapatan dengan Shaklee, kami mengadakan bimbingan untuk Cara Marketing Online melalui Blog, Facebook dan Instagram, Rahsia Berjaya Dalam Bisnes Online, Product Knowledge, Teknik Close Sale, Teknik Konsultasi Pelanggan dan Aspek Teknikal Dalam Mengendalikan Blog, FB dan Instagram.

4. Kami beri anda Akses untuk menyertai group rahsia kami di Facebook, Whatsapp dan Telegram. Di dalam group ini kami kongsikan cara berbisnes, tools untuk promosi bisnes dan segala ilmu yang anda perlukan untuk mulakan bisnes anda.

5. Kami menyediakan cara yang mudah dan fleksibel untuk coaching iaitu melalu Whatsapp, Telegram dan Webinar. Anda tidak perlu meninggalkan "comfort of your home" untuk menyertai kelas online kami. Jimat masa, tenaga dan wang anda dan kami. Hanya perlukan jaringan internet dan telefon pintar anda boleh menyertai kelas interaktif kami dengan two way conversation sambil melipat baju atau melayan anak-anak di rumah. Best kan?

6. Selain itu kami sentiasa mengalu-ngalukan anda yang memerlukan personal coaching, untuk sama-sama sit down dan berbincang dengan kami. Kami juga mengadakan kelas secara berkumpulan dari masa ke semasa atas permintaan dan keperluan organisai kami. Selain itu anda berpeluang menyertai kelas-kelas Shaklee antaranya ialah Bengkel Nutrisi dan juga Health and Wellness Talk (Percuma) yang diadakan setiap bulan di beberapa lokasi berhampiran anda.

Sebelum saya akhiri entry saya ini mari saya kongsikan  kenapa bila saya mula dengan Shaklee saya tidak lagi mendang ke belakang.


Shaklee Memberi Nilai Dalam Hidup Saya. Dan Kini Saya Ingin Bantu Menambah Nilai Hidup Anda








Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan kemusykilan




Jangan ragu-ragu untuk menghubungi saya.

Saya benar-benar ingin membantu anda :)








Zara Ismail (ID : 882869)

Whatsapp/Call/SMS : 012-3462585

Email : fatimahazzahra05@yahoo.com

FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku

Kawasan COD : Bangi - Kajang - Salak Tinggi - Sepang - Nilai




























3 comments:

  1. Terbaek ulasan ni. Semoga zara juga berjaya capai master coordinator ni as soon as 2018 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah aminn.tq Master kerana sudi membaca coretan saya :)

      Delete
  2. Terbaik zara...seronok baca entri ni, byk info

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...