Masalah Hormon Tidak Seimbang Dan Simptom Yang Patut Anda Ketahui

November 28, 2018 1 Comments A+ a-


Hormon adalah bahan kimia yang bertindak sebagai messenger dalam tubuh anda. Hormon dihasilkan di dalam kelenjar endokrin, ia bergerak sepanjang aliran darah anda untuk menyampaikan arahan kepada tisu dan organ apa yang perlu dilakukan. Hormon membantu mengawal banyak proses utama tubuh anda, termasuk metabolisme dan pembiakan.

Jika anda mempunyai terlalu banyak atau terlalu sedikit hormon tertentu pada sesuatu masa, tindakbalas dalam tubuh anda akan terganggu. Masalah ini dikenali sebagai ketidakseimbangan hormone. Walaupun perubahan kecil sahaja yang berlaku, ia boleh memberi kesan serius kepada seluruh tubuh anda.


SAYA KONGSIKAN 3 MASALAH YANG BIASA DIHADAPI OLEH REMAJA YANG SEDANG MENINGKAT UMUR. MASALAH-MASALAH INI KEBIASAANNYA SANGAT BERKAIT RAPAT DENGAN MASALAH HORMON DALAM TUBUH







Simptom Ketidakseimbangan Hormon



Hormon memainkan peranan penting dalam kesihatan anda secara keseluruhan. Oleh itu, terdapat pelbagai simptom yang boleh menandakan ketidakseimbangan hormon. Simptom-simptom anda bergantung kepada hormon spesifik atau kelenjar spesifik yang tidak berfungsi dengan baik.

Bagi hormon yang mempengaruhi lelaki dan wanita, symptom berikut mungkin terjadi:


  • Berat badan bertambah
  • Leletihan
  • Sensitiviti kepada sejuk atau panas meningkat
  • Sembelit 
  • Pergerakan usus yang lebih kerap (kerap membuang air besar)
  • Kulit kering
  • Muka bengkak
  • Kehilangan berat yang tidak dapat dijelaskan (kadang-kadang secara tiba-tiba)
  • Peningkatan atau penurunan kadar jantung
  • Kelemahan otot
  • Kerap kencing
  • Mudah dahaga
  • Sakit otot atau kejang otot
  • Sakit, kejang atau bengkak pada sendi
  • Rambut menipis atau menjadi halus
  • Rambut rapuh

  • Mudah rasa lapar
  • Kemurungan
  • Nafsu seks menurun
  • Kegelisahan, kebimbangan, atau murung
  • Penglihatan kabur
  • Mudah berpeluh
  • Kemandulan
  • Bonggol lemak antara bahu
  • Muka bulat
  • Stretch mark


Simptom Pada Wanita






Pada wanita, ketidakseimbangan hormon yang paling biasa adalah Polycystic Ovary Syndrome (PCOS). Kitaran hormon normal anda juga berubah secara semulajadi semasa:


  • Akil baligh
  • Kehamilan
  • Menyusu
  • Menopaus

Simptom ketidakseimbangan hormon yang khusus kepada wanita termasuk:

  • Haid tidak teratur
  • Tidak datang haid
  • Haid tamat
  • Haid datang terlalu kerap
  • Pertumbuhan bulu tidak normal di muka, dagu, atau bahagian badan yang lain
  • Jerawat pada muka, dada, atau belakang badan
  • Rambut menipis atau rambut gugur
  • Berat badan bertambah atau masalah kehilangan berat badan
  • Kulit menjadi gelap terutamanya sepanjang lipatan leher, di pangkal paha, dan di bawah payudara
  • Tona kulit tidak sekata
  • Kekeringan faraj
  • Atrofi faraj
  • Sakit semasa melakukan hubungan intim
  • Selalu berpeluh malam


Simptom Pada Lelaki







Testosteron memainkan peranan penting dalam perkembangan individu lelaki. Sekiranya anda tidak menghasilkan testosteron cukup, ia boleh menyebabkan pelbagai gejala.


Dalam lelaki dewasa, gejala termasuk:

  • Pembentukan tisu payu dara yang pesat
  • Payu dara membengkak
  • Masalah ereksi
  • Kehilangan jisim otot
  • Kehendak seks menurun
  • Kemandulan
  • Pengurangan janggut dan rambut 
  • Osteoporosis, kehilangan jisim tulang
  • Kesukaran menumpukan perhatian
  • Panas dalam dan berpeluh



Simptom Pada Kanak-kanak




Akil baligh adalah waktu di mana kanak-kanak lelaki dan perempuan mula mengeluarkan hormon seks. Kebanyakan kanak-kanak yang lewat mengalami akil baligh akan mengalami akil baligh yang normal, tetapi sesetengahnya mempunyai keadaan yang dikenali sebagai hipogonadisme. Simptom hipogonadisme termasuk:



Pada kanak-kanak lelaki:



  • Otot jisim tidak terbentuk
  • Suara tidak matang
  • Pertumbuhan bulu tidak normal
  • Pertumbuhan organ terjejas
  • Pertumbuhan kaki dan tangan tidak selari dengan pertumbuhan tubuh
  • Gynecomastia, pembentukan tisu payudara



Pada kanak-kanak perempuan:


  • Tidak datang haid, atau lambat dating haid
  • Tisu payudara tidak terbentuk
  • Tumbesaran terbantut, atau lambat




Jangan ragu-ragu untuk menghubungi saya.

Saya benar-benar ingin membantu anda :)















Zara Ismail (ID : 882869)

Whatsapp/Call/SMS : 012-3462585

Email : fatimahazzahra05@yahoo.com

FB Fanpage : Kedai Vitamin Ku

Kawasan COD : Bangi - Kajang - Salak Tinggi - Sepang - Nilai



1 comments:

Write comments
mrhanafi
AUTHOR
December 8, 2018 at 10:53 PM delete

risau juga bila usia sudah menginjak tua ini..

pelbagai gejala sudah ada datang..

rambut kian menips dan beruban

Reply
avatar

Masalah Hormon Tidak Seimbang Dan Simptom Yang Patut Anda Ketahui

Hormon adalah bahan kimia yang bertindak sebagai messenger dalam tubuh anda. Hormon dihasilkan di dalam kelenjar endokrin, ia bergerak sep...